Expo Sinar Rakyat, KKS PID 2010 Zon Utara

>> Thursday, August 5, 2010

Pada 16 - 18 Julai 2010 yang lalu, Pusat Internet Desa Zon Utara dibawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah diberi tanggungjawab bagi melaksanakan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010.

7 buah Pid yang di wakili oleh Pengurus dan Penolong pengurus menjayakan Expo Sinar Rakyat bersempena dengan Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010.


Antara PID yang terlibat
adalah :-

Negeri Kedah Darul Aman

PID Bukit Kayu Hitam- Pengurus En Razi & Penolong Pn Norzaida
Yan- Pengurus En Hamizam & Penolong Pn Siti Rahmah
Kuala Nerang- Pengurus Cik Siti Fatimah & Penolong En Noorizan
Kupang - Pengurus En Faizan & Penolong En Shahiran

Pulau Pinang , Pulau Mutiara

Tasek Gelugor- Pengurus Cik Rozita & Penolong Pn Hanni Najwa
Balik Pulau- Pengurus Pn Siti Huraizah & Penolong Cik Sarina

Perlis Indera Kayangan

dan Simpang Empat - Pengurus En Nik Mohd Nasir & Penolong Pn Rahimawati
Walaupun Pid Simpang Empat tidak terlibat secara langsung , namun semangat untuk menjayakan KKS berikut amatlah di titikberatkan.

Tuan Rumah Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 ialah Pusat Internet Desa Bukit Kayu Hitam Kedah . Pid BKH telah bergabung dengan Syarikat Gemalah Trading Sdn Bhd untuk menjayakan Karnival mini expo 2010 di tapak Letak Kereta berhadapan dengan Kompleks Changlun (C-Mart) merupakan lokasi yang sangat strategik dan menjadi tumpuan umum, kerana bersepadan dengan Negeri Perlis Indera Kayangan dan Berjiran dengan Negara Thailand.

Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010 berlangsung selama pada bulan Jun dan Julai 2010 mengetengahkan tiga (3) aktiviti kursus


Penerangan Serba Ringkas Mengenai Aktiviti :-
Bengkel Portal PID bertujuan melatih komuniti dalam penggunaan kemudahan portal yang telah disediakan secara percuma

e-kedai bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan untuk semua usahawan secara percuma.

e-Karnival - aktiviti jual beli secara dalam talian dengan setiap usahawan akan mengetengahkan produk secara online menerusi blog, laman web dan sebagainya.

Mini Expo jualan dan pameran usahawan tempatan pula akan memberi peluang kepada usahawan dalam mempromosi produk dalam usaha merangsang pembangunan ekonomi dan sosial komuniti setempat terutama usahawan bumiputera.


Hampir 30 buah booth pameran dan jualan daripada agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam Expo Sinar Rakyat tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan dengan jayanya sepanjang karnival berlangsung. Antaranya adalah seperti pertujukan wayang kulit, pertandingan karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertujukan kereta, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Sementara itu di booth PID juga tidak ketinggalan mengadakan aktiviti yang tersendiri iaitu permainan suka ria zuma, pertandingan makan buah, pertandingan teka bilangan gula-gula, music chair dan banyak lagi.

Secara keseluruhannya, karnival ini telah berjaya berlangsung dengan jayanya dengan melalui program ini, Kewujudan , perkhidmatan dan peranan PID dapat diketengahkan dan terus dikenali oleh komuniti.


Terima kasih atas sokongan semua pihakAlign Center

0 comments:

JKR 1576, Simpang Empat Syed Kassim

02700 Simpang Empat Perlis

No Tel& Faks: 04-9806901

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP