Ahli Kelab Usahawan PID Simpang Empat Pemilik "Saamah Enterprise"

>> Tuesday, August 26, 2008

SAAMAH ENTERPRISE
104, KUALA SUNGAI BARU 02700 SIMPANG EMPAT PERLIS


"Simbolik Syarikat"


Usahawan berjaya"En. MUZITA BIN ABD KALID"Pengurus 1



Usahawan berjaya"Pn.SAAMAH BINTI SAWAI" Pengurus 2


KISAH KEJAYAAN.... Saamah Enterprise merupakan salah satu industri kecil dan sederhana yang terdapat di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. Pemilik SAAMAH Enterprise ialah pasangan suami isteri iaitu Puan Saamah dan Encik Muzita. Syarikat ini memulakan perniagaannya pada tahun 1997 dan bergiat secara aktif pada awal tahun 2004 dengan adanya bengkel sendiri serta wujudnya kemudahan ICT di PID Simpang Empat telah mendorong memajukan lagi perniagaan beliau.Ianya bermula apabila beliau mendaftar diri untuk menjadi salah seorang pelajar di PID Simpang Empat dan menyertai kelab Usahawan Sosial PID Simpang Empat .Setelah mengikuti kursus asas komputer di PID, beliau mula terpikat dengan teknologi maklumat masa kini dengan mengimplementasikan apa yang telah dipelajari dengan perniagaan yang dimiliki. Kini dengan adanya PID di Simpang Empat Perlis yang kedudukannya hanya 5 kilometer dari rumahnya telah memudahkan lagi En Muzita datang ke PID bagi mendapatkan maklumat berkaitan perniagaannya dan juga memasarkan produk yang dihasilkan melalui laman web yang disediakan. Perniagaan kuih muih En Muzita telah dieksport hingga ke luar negara seperti China, Singapura dan juga Brunei. Kemajuan dalam perniagaan En Muzita ini banyak dibantu dengan kemudahan yang disediakan oleh PID disamping mendapat tunjuk ajar oleh MADA dalam proses pemasaran.



Produk Saamah Enterprise

Usahawan berjaya dan Peserta KUS di PID Simpang Empat dalam program " Training of Trainer"








0 comments:

JKR 1576, Simpang Empat Syed Kassim

02700 Simpang Empat Perlis

No Tel& Faks: 04-9806901

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP