Ahli Kelab Usahawan Sosial PID Simpang Empat Pemilik"Sensasi Batik Asfa"

>> Wednesday, August 27, 2008

SENSASI BATIK ASFA
S-9A JALAN DATO’ AHMAD MUSA
02700 SIMPANG EMPAT PERLIS

Simbolik Syarikat


Usahawan Berjaya En Fauzi Bin Mamat

Produk Barangan

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ENCIK FAUZI ATAU PUAN YASMOON DI TALIAN 012-4743703

KISAH KEJAYAAN.... SENSASI BATIK ASFA merupakan salah satu industri kecil dan sederhana yang terdapat di JALAN DATO’ AHMAD MUSA Simpang Empat Perlis. Pemilik SENSASI BATIK ASFA ialah pasangan suami isteri iaitu Puan Yasmoon binti Hamad Musa dan Encik Fauzi bin Mamat. Syarikat ini memulakan perniagaannya pada Jun 1993 dan bergiat secara aktif,selepas 8 Bulan beroperasi ,syarikat banyak menerima banyak tempahan dengan adanya bengkel sendiri serta wujudnya kemudahan ICT di PID Simpang Empat telah mendorong memajukan lagi perniagaan beliau.Ianya bermula apabila beliau mendaftar diri untuk menjadi salah seorang pelajar di PID Simpang Empat dan menyertai kelab Usahawan Sosial PID Simpang Empat .Setelah mengikuti kursus asas komputer di PID, beliau mula terpikat dengan teknologi maklumat masa kini dengan mengimplementasikan apa yang telah dipelajari dengan perniagaan yang dimiliki. Kini dengan adanya PID di Simpang Empat Perlis yang kedudukannya hanya 5 kilometer dari rumahnya telah memudahkan lagi En Fauzi datang ke PID bagi mendapatkan maklumat berkaitan perniagaannya dan juga memasarkan produk yang dihasilkan melalui laman web yang disediakan. Perniagaan Mencating Batik En Fauzi telah dieksport hingga ke luar negara. Selain itu Syarikat juga mempunyai pasaran tetap seperti Atma Alam, Langkawi, peniaga-perniaga dan orang perseorangan seperti Pesona Boutique (Amin Jauhari) , Boutique Rain Counture, Kuala Lumpur . Kemajuan dalam perniagaan En Fauzi ini banyak dibantu dengan kemudahan yang disediakan oleh PID disamping mendapat tunjuk ajar oleh MADA dalam proses pemasaran.

0 comments:

JKR 1576, Simpang Empat Syed Kassim

02700 Simpang Empat Perlis

No Tel& Faks: 04-9806901

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP