Aktiviti SEC PID SPG 4
>> Tuesday, September 2, 2008
TARIKH : 31 Ogos 2008
JAM :2.30 - 5.30 PETANG
Usahawan berjaya" DR.Norazwaty Long @ Aziz
Usahawan Berjaya En Fauzi Bin Mamat 
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI ENCIK FAUZI ATAU PUAN YASMOON DI TALIAN 012-4743703
KISAH KEJAYAAN.... SENSASI BATIK ASFA merupakan salah satu industri kecil dan sederhana yang terdapat di JALAN DATO’ AHMAD MUSA Simpang Empat Perlis. Pemilik SENSASI BATIK ASFA ialah pasangan suami isteri iaitu Puan Yasmoon binti Hamad Musa dan Encik Fauzi bin Mamat. Syarikat ini memulakan perniagaannya pada Jun 1993 dan bergiat secara aktif,selepas 8 Bulan beroperasi ,syarikat banyak menerima banyak tempahan dengan adanya bengkel sendiri serta wujudnya kemudahan ICT di PID Simpang Empat telah mendorong memajukan lagi perniagaan beliau.Ianya bermula apabila beliau mendaftar diri untuk menjadi salah seorang pelajar di PID Simpang Empat dan menyertai kelab Usahawan Sosial PID Simpang Empat .Setelah mengikuti kursus asas komputer di PID, beliau mula terpikat dengan teknologi maklumat masa kini dengan mengimplementasikan apa yang telah dipelajari dengan perniagaan yang dimiliki. Kini dengan adanya PID di Simpang Empat Perlis yang kedudukannya hanya 5 kilometer dari rumahnya telah memudahkan lagi En Fauzi datang ke PID bagi mendapatkan maklumat berkaitan perniagaannya dan juga memasarkan produk yang dihasilkan melalui laman web yang disediakan. Perniagaan Mencating Batik En Fauzi telah dieksport hingga ke luar negara. Selain itu Syarikat juga mempunyai pasaran tetap seperti Atma Alam, Langkawi, peniaga-perniaga dan orang perseorangan seperti Pesona Boutique (Amin Jauhari) , Boutique Rain Counture, Kuala Lumpur . Kemajuan dalam perniagaan En Fauzi ini banyak dibantu dengan kemudahan yang disediakan oleh PID disamping mendapat tunjuk ajar oleh MADA dalam proses pemasaran.
Read more...
Usahawan berjaya"En. MUZITA BIN ABD KALID"Pengurus 1
KISAH KEJAYAAN.... Saamah Enterprise merupakan salah satu industri kecil dan sederhana yang terdapat di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis. Pemilik SAAMAH Enterprise ialah pasangan suami isteri iaitu Puan Saamah dan Encik Muzita. Syarikat ini memulakan perniagaannya pada tahun 1997 dan bergiat secara aktif pada awal tahun 2004 dengan adanya bengkel sendiri serta wujudnya kemudahan ICT di PID Simpang Empat telah mendorong memajukan lagi perniagaan beliau.Ianya bermula apabila beliau mendaftar diri untuk menjadi salah seorang pelajar di PID Simpang Empat dan menyertai kelab Usahawan Sosial PID Simpang Empat .Setelah mengikuti kursus asas komputer di PID, beliau mula terpikat dengan teknologi maklumat masa kini dengan mengimplementasikan apa yang telah dipelajari dengan perniagaan yang dimiliki. Kini dengan adanya PID di Simpang Empat Perlis yang kedudukannya hanya 5 kilometer dari rumahnya telah memudahkan lagi En Muzita datang ke PID bagi mendapatkan maklumat berkaitan perniagaannya dan juga memasarkan produk yang dihasilkan melalui laman web yang disediakan. Perniagaan kuih muih En Muzita telah dieksport hingga ke luar negara seperti China, Singapura dan juga Brunei. Kemajuan dalam perniagaan En Muzita ini banyak dibantu dengan kemudahan yang disediakan oleh PID disamping mendapat tunjuk ajar oleh MADA dalam proses pemasaran.
Usahawan berjaya dan Peserta KUS di PID Simpang Empat dalam program " Training of Trainer"

Dato’ Talib b Haji Ali
Timb Presiden
Tuan Haji Sukhri b Haji Salim
Setiausaha
Azizan Idris
Pen Setiausaha
Nik Mohd Nasir b Nik Megat
Bendahari
Norizan Shaedin
AJK
Amdan bin Ismail
Hashim Dahaman
Mat Saad Harun
Abd Rahim Abu Bakar
Hamizah Mohd Rashid
Rahimawati Abd Rahim
Safariza Fazil
Abd Hamid Ahmad
Ku Bali Ku Daei
Abd Rahman Abu (ARBA Bina)
Anuar Daud
Pn Halimaton Yakub
Program Internet Desa merupakan inisiatif Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi (KTAK) ke arah merapatkan jurang digital. Program ini merupakan usahasama KTAK dan Pos Malaysia Berhad (PMB) di mana PMB telah menyediakan lokasi Pusat-Pusat Internet Desa (PID) menggunakan bangunan tambahan (annex) Pejabat Pos terpilih di setiap negeri seluruh negara. Program Internet Desa mula dilaksanakan dalam tahun 2000. Bagi tujuan ini, PMB telah menyumbangkan peruntukan sejumlah RM 2.8 juta untuk membina lokasi PID sementara dalam RMK 8, Kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM 6.8 juta bagi pelaksanaan projek ini. Sehingga akhir tahun 2004, sejumlah 42 lokasi PID beroperasi di seluruh negara.
Impak pelaksanaan PID didapati ianya telah berjaya merubah tahap sosio-ekonomi penduduk luar Bandar terutamanya usahawan kecil tempatan. Perkara ini dapat dilihat apabila PID telah menyediakan peluang untuk mempromosikan hasil keluaran/perkhidmatan usahawan tempatan melalui laman-laman web yang disediakan di setiap PID. Secara purata dianggarkan 50-90 orang menggunakan PID dalam seminggu dimana penggunaannya adalah secara percuma. Bagi pengguna baru, mereka akan diberi latihan asas komputer dan asas internet.
Penubuhan
Pada bulan Jun 2008, Pusat Internet Desa Simpang Empat bersama AJK Penyelaras PID telah bersetuju mewujudkan Kelab Ushawan Sosial PID bagi merealisasikan fungsi PID dalam melahirkan komuniti yang dapat menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan yang berkesinambungan dengan kemudahan teknologi rmaklumat.
Dengan ini, Kelab Ushawan Sosial PID akan memberi perkhidmatan yang dapat memperkasakan dan memperkukuhkan lagi sosial, ekonomi dan taraf hidup komuniti melalui platform yang disediakan
Visi
Ke arah melahirkan komuniti ushawan yang berteknologi maklumat.
Misi
Mewujudkan perkongsian pintar antara ahli kelab usahawan sosial, usahawan sedia ada, usahawan komersial dan ahli-ahli badan sukarelawan.
Objektif
· Menyediakan ‘platform’ untuk melahirkan usahawan sosial dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keushawanan sosial demi faedah bersama;
· Mengadakan program-program yang melibatkan usahawan-usahawan sedia ada dengan cara memberi sumbangan kepakaran dan kemahiran yang dapat dikongsi bersama kepada bakal usahawan untuk peningkatan diri dan kerjaya mereka;
· Sebagai bahagian yang menyokong usaha PID untuk merealisasikan hasrat agar usahawan-usahawan komuniti ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan PID dan ahli-ahli kelab itu sendiri;
· Menjadi penghubung kepada rangkaian kerjasama kelab usahawan sosial yang meliputi 42 PID di seluruh Malaysia;
· Mendapat kemudahan diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks, capaian internet, percetakan (fotostat) dan lain-lain lagi;
· Merangka rancangan jangkapanjang untuk penjanaan dana tabung kelab usahawan sosial dan memanfaatkan dana tersebut untuk pembangunan PID dan kelab.
JKR 1576, Simpang Empat Syed Kassim
02700 Simpang Empat Perlis
No Tel& Faks: 04-9806901
© Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP